Selepas menunggu 18 tahun untuk badminton disertakan dalam Sukan Paralimpik, pemain Malaysia Cheah Liek Hou merangkul pingat emas

PENANTIAN 18 TAHUN BAGI EMAS SUKAN PARALIMPIK
Cheah, seorang lulusan bidang perhubungan korporat, mewakili Malaysia dalam pertandingan antarabangsa buat pertama kali semasa Sukan Para ASEAN di Vietnam ketika berusia 15 tahun.
Tiga pingat emas yang diraihnya di temasya sukan itu adalah titik permulaan beliau untuk memiliki senarai pencapaian antarabangsa yang panjang, termasuk 11 gelaran di Kejohanan Dunia Para Badminton BWF dari 2005 hingga 2017.
Beliau berkecimpung dalam sukan badminton sejak berusia sembilan tahun apabila beliau memilih sukan raket itu sebagai kegiatan kokurikulum sekolah.
Selepas beliau meningkat maju daripada pertandingan peringkat daerah dan negeri hingga ke kejohanan kebangsaan dalam acara badminton untuk golongan tegap dan sihat, beliau dihantar untuk menjalani latihan secara profesional ketika berusia sekitar 12 tahun.
Sewaktu membesar, dia tidak begitu kisah dengan keadaan palsi Erb yang dialaminya, baik di dalam mahupun di luar gelanggang. Seorang jurulatih nasional mendapati bahawa lengan kanannya lebih lemah ketika beliau berusia 15 tahun dan memperkenalkannya kepada sukan para.
“Saya benar-benar ingin tahu. Saya tidak sedar bahawa badminton juga adalah satu acara dalam sukan para,” menurut beliau.
Cheah menyertai pertandingan badminton untuk peserta tegap dan sihat di samping pertandingan para – membawa kemahiran dan pengalaman bermain dengan atlet tegap dan sihat yang unggul ke sukan para, dan sebaliknya – untuk beberapa tahun.
Beliau sedar bahawa beliau tidak boleh maju dalam acara untuk peserta tegap dan sihat apabila beliau menghampiri usia 20 tahun. Setelah mendapati perlawanan-perlawanan menjadi semakin mencabar, beliau memutuskan untuk memberi tumpuan kepada acara para.
Bagaimanapun, selepas menjulang pelbagai gelaran dunia dan Asia sepanjang dekad ini, keghairahan Cheah terus susut. Beliau mula memberi tumpuan kepada pekerjaan korporatnya dan kurang meluangkan masa untuk berlatih. “Tahap saya menurun,” katanya.
Semangat juangnya bangkit semula pada tahun 2017 selepas mendengar berita bahawa badminton buat pertama kalinya.telah diterima sebagai salah satu acara di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
Beliau juga berasa terancam oleh Dheva, pemain sedang meningkat yang 10 tahun lebih muda daripadanya dan telah menumpaskan beliau dalam pelbagai pertandingan tanpa sebarang masalah. “Mudah sekali baginya,” kata Cheah.
Supply
Comments are closed.